Lelaki jatuh jambatan ditemukan lemas

Lelaki jatuh jambatan ditemukan lemas

TRAK polis membawa mayat mangsa lemas terjatuh dari Sultan Ismail Petra, Tendong, Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an itu dikatakan menunggang motosikal sebelum berhenti di atas jambatan berkenaan dan sempat menanggalkan selipar serta topi keledarnya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Saksi kejadian, Muhammad Afieq Amran, 21, berkata, semasa menunggang motosikal, dia ternampak kelibat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan ketika melalui jambatan berkenaan.

Katanya, lelaki berkenaan bertindak menanggalkan topi keledar dan selipar semasa menghampiri jambatan tersebut.

“Namun sebaik sahaja saya menoleh ke belakang, lelaki itu sudah terjatuh ke dalam sungai dari jambatan. Saya terus memberhentikan motosikal dan melihat lelaki itu terkapai-kapai di dalam sungai sebelum menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Muhammad Afiq berkata, sebelum kejadian dia meminta lelaki itu supaya tidak terjun ke dalam sungai. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×