Politeknik Seberang Perai edar 1,500 bubur lambuk untuk komuniti setempat - Utusan Malaysia

Politeknik Seberang Perai edar 1,500 bubur lambuk untuk komuniti setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk diedarkan kepada komuniti setempat di Politeknik Seberang Perai (PSP) baru-baru ini sempena bulan Ramadan, di sini.

Mereka yang terlibat dalam pengagihan ini termasuklah barisan pengurusan, staf akademik dan para pelajar yang melaksanakan aktiviti gotong-royong seawal jam 8:00 pagi.

Hadir sama Pengarah PSP, Mohd Ruzi Hamzah, bagi memeriahkan program serta menyampaikan bubur lambuk kepada komuniti.

Beliau berkata, Ramadan disifatkan sebagai “Bulan Tarbiyah” iaitu bulan didikan yang membentuk iman, jiwa dan peribadi setiap muslim. Penghayatan Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik disiplin diri serta keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Ramadhan merupakan bulan mulia dan cukup bermakna. Kami harapkan program-program yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir,” ujarnya.

Melalui program itu, PSP terus membuktikan bahawa peranan institusi pendidikan bukan hanya melahirkan graduan berkemahiran, tetapi juga individu yang berjiwa komuniti dan cakna terhadap masyarakat malah ia juga menyemarakkan budaya bersedekah dan menerapkan nilai murni.

Pengarah PSP, Mohd Ruzi Hamzah, turut hadir memeriahkan program serta menyampaikan bubur lambuk kepada komuniti.

Dalam ucapan ringkas beliau, Ramadan disifatkan sebagai “Bulan Tarbiyah” iaitu bulan didikan yang membentuk iman, jiwa dan peribadi setiap Muslim.

Menurut beliau, penghayatan Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik disiplin diri serta keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Ramadhan merupakan bulan mulia dan cukup bermakna. Kami harapkan program-program yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan warga kerja agar sentiasa bekerja dengan niat yang ikhlas serta mengelakkan perbuatan mencuri masa bekerja dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Tanggungjawab yang diamanahkan, katanya, perlu dilaksanakan dengan penuh integriti dan tidak sambil lewa.

Program edaran bubur lambuk ini bukan sahaja menjadi platform menyemarakkan budaya bersedekah, malah mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat setempat.

Inisiatif seperti tersebut mencerminkan komitmen PSP dalam menerapkan nilai murni, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar serta warganya.

Melalui program seumpama itu, PSP terus membuktikan bahawa peranan institusi pendidikan bukan hanya melahirkan graduan berkemahiran, tetapi juga individu yang berjiwa komuniti dan cakna terhadap masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×