Bersatu Kudat bubar bahagian letak jawatan - Utusan Malaysia

Bersatu Kudat bubar bahagian letak jawatan

Affan Jumahat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bersatu bahagian Kudat bubar selepas 19 ahli bahagian itu bertindak meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Badan Perhubungan Pimpinan Bersatu Sabah, Muhammad Affan Jumahat berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

“Mereka yang meletak jawatan termasuk Timbalan Pengerusi Tetap, Sainol Tanjilul; Timbalan Ketua Bahagian Kudat, Zulkifli Nordin; Ketua Srikandi, Rainah Sakout; Setiausaha, Suaimi Suliman; Bendahari, Kalintong Tandok dan Ketua Penerangan Kudat, Rojinal Mandawai, selain 11 Ahli Jawatankuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, 19 ahli bahagian itu bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pemecatan secara tergesa-gesa ke atas ramai wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian.

“Kami membuat keputusan atas sebab tidak selesa dengan pemecatan secara tergesa-gesa ke atas ramai wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian.

“Kami turut menolak sebarang usaha yang melanggar ketetapan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 12 Januari lalu untuk menangguhkan tindakan disiplin kepada ahli berkaitan kenyataan-kenyataan berkenaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum tarikh itu,” katanya.

Muhammad Affan yang juga Ketua Bahagian Kudat, berkata dengan peletakan jawatan dan pemberhentian 19 ahli, jawatan kuasa (JK) bahagiannya secara automatik terbubar.

Penjelasan itu dibuat dalam surat yang diberikan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertarikh 3 Mac. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini