Mahkamah bertukar cemas gara-gara tertuduh semput

Mahkamah bertukar cemas gara-gara tertuduh semput

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Situasi di Mahkamah Sesyen di sini bertukar cemas apabila salah seorang tertuduh tiba-tiba diserang asma.

Ketika pertuduhan terhadap Tjoeng Chan Chin, 48, dibacakan oleh jurubahasa, lelaki berkenaan tiba-tiba dilihat menarik nafas dengan laju dan nafasnya kedengaran kuat.

Menyedari keadaan lelaki berkenaan yang semakin teruk, Hakim Azrul Darus terus meminta Chan Chin yang pada awalnya berdiri di kandang tertuduh untuk duduk bagi menenangkan keadaan lelaki berkenaan.

Tertuduh kemudiannya dilihat mengambil ubat melalui alat penyedut (inhaler) dan turut diberikan segelas air oleh polis mahkamah. Prosiding kemudiannya diteruskan dalam keadaan tertuduh dibenarkan duduk sehingga tamat.

Mengikut pertuduhan, Chan Chin yang merupakan seorang pemandu pelancong didakwa telah menipu seorang lelaki berhubung pinjaman pelaburan sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM475,166 di sebuah premis di Seksyen 6, Wangsa Maju pada 12 Mac dan 3 April 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin ekoran keseriusan kes berkenaan namun peguam bela, Evie Melynda Jee memohon jumlah ikat jamin yang rendah kerana tertuduh tidak berpendapatan tinggi serta perlu menanggung dua anak dan ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×