Buruh mengaku bakar rumah ibu saudara

Buruh mengaku bakar rumah ibu saudara

TERTUDUH (kiri) semasa dibawa oleh polis untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berdepan  hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atas pertuduhan melakukan khianat dengan api hingga menyebabkan kerosakan terhadap rumah ibu saudaranya di Kampung Tegayong, di sini bulan lalu.

Syahrulnizam Mamat, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api menggunakan pemetik api dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu sebuah rumah milik Faridah Kasim, 62.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang pada 24 Februari lalu di Kampung Tegayong, Melor di sini. Syahrulnizam didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 9 April ini untuk fakta kes dan prosiding jatuh hukum. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×