James Chai sekat nombor pegawai penyiasat SPRM

James Chai sekat nombor pegawai penyiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran notis mengesan terhadap bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dibuat selepas pelbagai usaha untuk menghubungi individu berkenaan gagal.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pegawai penyiasat telah beberapa kali cuba menghubungi Chai Jin Shern atau James Chai yang dikesan berada di United Kingdom sejak 24 Februari lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang maklum balas diterima selepas pegawai penyiasat menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon yang dipercayai miliknya.

“Malah nombor pegawai penyiasat dipercayai telah disekat oleh salah satu talian berkenaan pada 26 Februari lalu.

“Sehubungan itu, dakwaan bahawa SPRM tidak berusaha menghubungi beliau sebelum notis dikeluarkan adalah tidak benar sama sekali,” kata kenyataan itu.

SPRM menjelaskan, pengeluaran Notis Mengesan Individu atau saksi merupakan prosedur biasa yang turut diamalkan agensi penguat kuasa lain.

Tegasnya, notis berkenaan bukan satu tuduhan jenayah dan tidak membawa maksud individu terbabit telah melakukan kesalahan.

Ia sebaliknya bertujuan mengesan serta mendapatkan kerjasama bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×