RUU: BBC gagal ingatkan ahli Parlimen hadir mengundi

RUU had tempoh PM: BBC gagal ingatkan ahli Parlimen hadir mengundi

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) didakwa gagal untuk mengingatkan setiap Ahli Parlimen Kerajaan untuk hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, kelmarin.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan menjelaskan ketidakhadirannya semasa pembentangan RUU tersebut adalah kerana menghadiri acara tahunan keagamaan Hindu di Pulau Pangkor, Perak.

Katanya, tiada sebarang peringatan daripada pihak BBC berhubung pengundian itu dan menyebabkannya tidak menyedari kepentingan kehadiran dalam sesi berkenaan.

“Sewaktu Barisan Nasional mengetuai BBC, mereka akan menghubungi atau mengingatkan setiap Ahli Parlimen supaya hadir bagi memastikan pengundian RUU mendapat sokongan mencukupi untuk diluluskan.

“Mungkin kepemimpinan baharu BBC (Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa) terlepas pandang untuk menghubungi kami sebagai peringatan.

“Jika saya diingatkan, sudah tentu saya akan membatalkan kehadiran ke upacara tersebut dan kekal di Dewan Rakyat. Tiada sebab lain kerana saya menyokong pindaan RUU itu,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Saravanan merupakan antara lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir ketika pengundian RUU bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sekali gus menyebabkan draf undang-undang itu semalam gagal memperoleh sokongan mencukupi.

Selain Saravanan, tujuh lagi adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Datuk Larry Soon (Julau) dan Datuk Seri Dr Jeffrey@ Kitingan (Keningau).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, jumlah sokongan yang diperoleh tidak memenuhi syarat majoriti dua pertiga seperti yang ditetapkan bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×