Rakyat Malaysia di Qatar saksi pintasan udara

Rakyat Malaysia di Qatar saksi pintasan udara

SITUASI pintasan udara yang dikongsi rakyat Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Qatar memaklumkan berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat beberapa pintasan laluan udara yang berlaku di ruang udara negara berkenaan.

Fahim Fawwaz berkata, situasi semasa masih terkawal dan aktiviti harian berjalan seperti biasa, namun terdapat gangguan kecil membabitkan laluan penerbangan susulan perkembangan keselamatan serantau.

“Alhamdulillah saya berada di Qatar, masih dalam keadaan selamat. Cuma ada pintasan-pintasan yang berlaku. Semoga Allah melindungi kita semua,” katanya dalam media sosial Threads.

Terdahulu, beberapa laporan antarabangsa memaklumkan berlaku peningkatan kawalan keselamatan dan perubahan laluan penerbangan di beberapa negara Timur Tengah susulan ketegangan geopolitik yang memuncak.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Qatar dilaporkan sentiasa memantau perkembangan semasa dan menasihatkan rakyat Malaysia agar kekal berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan disaran untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi serta memastikan maklumat perjalanan sentiasa dikemas kini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×