Pas tidak bincang Ketua Pembangkang

Pas tidak bincang Ketua Pembangkang

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menafikan ada perbincangan mengenai cadangan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu, Sabtu lalu.

Malah, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden turut menafikan dakwaaan beliau membawa usul berkenaan.

Afnan Hamimi dalam mesej ringkas di aplikasi WhatsApp mengatakan bahawa dakwaan itu tidak betul namun tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pula mengatakan bahawa isu Ketua Pembangkang tidak dibincangkan lagi setakat ini.

“Perkara itu tidak dibincangkan lagi,” jawabnya ringkas kepada mingguan Malaysia.

Mereka berdua antara individu hadir pada Mesyuarat MT PN yang diadakan minggu lalu bagi mengesahkan peletakan jawatan bekas Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melantik Pengerusi baharu iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Semalam, akhbar ini mela­porkan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dicadangkan untuk menggantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Sumber mendakwa perbincangan itu sememangnya dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 22 Februari lalu.

“Ketua Pemuda PN daripada Pas mencadangkan supaya Ke­tua Whip diangkat sebagai ketua pembangkang manakala wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

“Sepatutnya perkara itu diumumkan sekali gus bersama pengumuman nama Pengerusi PN namun Takiyuddin tidak membuat sebarang pengumuman mengenainya ketika itu,” katanya.

Isu Ketua Pembangkang dilihat menjadi agenda utama Bersatu pada masa ini apabila berkali-kali dibangkitkan Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Timbalan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan selepas penyandangnya iaitu Hamzah yang juga Timbalan Presidennya, dipecat.

Pas beberapa kali menyua­rakan hasrat mengambil alih jawatan tersebut namun masih belum membuat sebarang langkah setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×