Pemilikan saham Azam Baki: 'Dia pergi atau kita pergi'

Pemilikan saham Azam Baki: ‘Dia pergi atau kita pergi’

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen kerajaan menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan laporan berkait pemilikan saham seperti dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, kegagalan kerajaan bertindak tegas berhubung isu itu dikhuatiri akan mengakibatkan rakyat dan pengundi hilang keyakinan terhadap kerajaan ketika ini.

“Azam Baki perlu letak jawatan. Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi atau dia pergi atau kita yang pergi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu pesanan saya. Sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, rakyat akan datang, (ketika) mengundi akan hukum kita.

“Saya harap masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang,” katanya ketika membahaskan Usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan isu pemilikan saham membabitkan Azam kerana sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat isu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini