4,804 PATI dikesan tiada pas, dokumen perjalanan 

4,804 PATI dikesan tiada pas, dokumen perjalanan 

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,804 kes melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa pas atau dokumen perjalanan sah direkodkan sekali gus menjadi kesalahan paling banyak dikesan setakat 19 Februari lalu.

Kesalahan ini dikesan selepas Jabatan Imigresen Malaysia melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan 1,855 operasi membabitkan pemeriksaan 30,177 individu sejak 1 Januari lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 7,043 tangkapan PATI melibatkan pelbagai warganegara telah direkodkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan jumlah tangkapan ini, kesalahan tertinggi direkodkan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa pas atau dokumen perjalanan yang sah melibatkan 4,804 kes. 

“Seterusnya sebanyak 1,250 kes direkodkan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, diikuti 806 kes direkodkan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, manakala 183 kes lagi melibatkan lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lapan negara yang mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi ialah Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China. 

“Jabatan Imigresen menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen negara melalui pelaksanaan operasi yang lebih tegas, menyeluruh dan berfokus terhadap warga asing yang melanggar akta dan peraturan Imigresen.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara konsisten dan berfokus tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang imigresen,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang imigresen kepada pihak berkuasa bagi menyokong usaha penguatkuasaan yang lebih berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini