Pemilikan saham: Azam dipanggil beri keterangan jawatankuasa siasatan

Pemilikan saham: Azam dipanggil beri keterangan jawatankuasa siasatan

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah dipanggil memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan, Khamis lalu berhubung dakwaan pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, berdasarkan kepada laporan awal, jawatankuasa tersebut kini sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham Azam.

Katanya, jawatankuasa itu juga masih dalam proses menilai segala keterangan yang telah diperoleh serta akan memanggil saksi-saksi lain yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadap perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dilaksanakan secara telus, bebas dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan dan syor pertimbangan akan dikemukakan kepada pihak berkuasa bagi tindakan selanjutnya.

“Ia termasuklah jika didapati wujud sebarang pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang jenayah atau peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Azam dikaitkan dengan pemilikan saham berjumlah 17.7 juta dengan harga belian sebanyak RM1.416 juta dalam syarikat Velocity Capital Partner Bhd.

Bagaimanapun, Azam sebelum ini menjelaskan, pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur penjawat awam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini