Buang ego, henti serangan sesama sendiri – Hashim Jasin

Buang ego, henti serangan sesama sendiri – Hashim Jasin

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas perlu segera berhenti bertelagah serta berbalas serangan sesama sendiri yang boleh menyebabkan perpecahan lebih besar dalam Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, pemim­pin kedua parti itu perlu mengetepikan ego dengan kembali berunding khususnya dalam soal calon Pengerusi PN.

“Tidak ke mana kalau kita berterusan serang-menyerang yang akhirnya bakal melemahkan PN. Bincang secara baik untuk menyelesaikan sebarang kemelut berbangkit. Seperti mana saya tekankan sebelum ini, jika rundingan tersebut masih gagal, eloklah Pas bertanding solo di dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Bagaimanapun, adalah le­bih baik jika kita dapat selesaikan masalah ini. Untuk menggantikan kerajaan yang ada, PN perlu memperkukuhkan gabungan bagi memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak wujud sebarang usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada PN mahupun Bersatu.

Ia sekali gus menolak spekulasi kononnya berlaku gerakan tersusun untuk memaksa Pre­siden Bersatu itu berundur dari­pada kepimpinan gabu­ngan berkenaan.

Selain itu, Pas menerusi Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman turut mengajak ‘ope­rator’ daripada Bersatu untuk melaksanakan ‘gencatan senjata’ daripada terus menerus melancarkan serangan di media sosial dengan mendedahkan hal-hal sulit berkaitan PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×