BANGI: Pas menegaskan tidak wujud sebarang usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menolak spekulasi kononnya berlaku gerakan tersusun untuk memaksa Presiden Bersatu itu berundur daripada kepimpinan gabungan berkenaan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu penyingkiran Muhyiddin langsung tidak dibangkitkan dalam Pemukiman Pas secara tertutup berlangsung tiga hari bermula Jumaat lalu.
Beliau berkata, SPRM turut menggempur sektor perbankan menerusi Op Tiger yang membongkar ketirisan membabitkan pegawai bank yang menerima suapan bagi meluluskan pinjaman.
Katanya, kegiatan penguatkuasa melepaskan pendatang asing secara haram dengan bayaran tertentu dengan pembekuan 57 akaun bernilai RM2.7 juta melibatkan Op Rentas turut didedahkan.
“Siasatan SPRM turut merangkumi projek Lebuhraya MEX dan skandal perolehan tentera, selain operasi Op Sikaroyang menumpaskan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut di 14 lokasi di Lembah Klang dan Johor.
“Nilai rampasan berbilion ringgit ini mencerminkan skala cabaran rasuah dan pengubahan wang haram yang terus dihadapi negara.
“Ia juga menegaskan bahawa pendekatan agresif SPRM bukan sekadar simbolik, tetapi memberi kesan nyata terhadap integriti sektor awam dan swasta,” katanya.
Azam menegaskan, kejayaan SPRM ini menghantar pesanan jelas bahawa tiada siapa yang kebal, termasuk pegawai tinggi kerajaan, ahli politik dan pengaruh besar dalam sektor perniagaan.
“Dengan rekod RM8.5 bilion hasil rampasan dan pemulihan, SPRM bukan sahaja membuktikan keberkesanan tindakan penguatkuasaannya, malah menekankan bahawa perjuangan menentang rasuah di negara ini akan diteruskan tanpa kompromi,” katanya.
Azam berkata, tiada mana-mana individu, tanpa mengira pangkat atau jawatan kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah awam.
Hakikat itu terbukti apabila seramai 2,164 penjawat awam ditahan SPRM dalam tempoh lima tahun sejak 2021 hingga tahun lalu menjadikan kumpulan berkenaan antara yang paling ramai terbabit rasuah.
Katanya, mana-mana individu yang menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah rakyat boleh disiasat serta dihadapkan ke mahkamah.
Situasi itu jelas dilihat menerusi beberapa kes berprofil tinggi yang didedahkan SPRM membabitkan ketua jabatan, pengurusan tertinggi agensi kerajaan, termasuk pegawai kanan dalam sektor penguatkuasaan dan pertahanan. – UTUSAN










