Pendedahan terbaharu fail Epstein bongkar perbualan dengan hartawan ternama

Pendedahan terbaharu fail Epstein bongkar perbualan dengan hartawan ternama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu set fail baharu berkaitan siasatan terhadap pesalah seks yang meninggal dunia dalam tahanan, Jeffrey Epstein mengandungi dokumen yang merujuk Presiden, Donald Trump dan beberapa figura ternama lain.

Nama-nama berkenaan termasuk Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates; Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick dan jutawan British, Richard Branson.

Fai berkenan mendedahkan butiran utama mengenai sebutan selebriti terbabit, namun kesemuanya tidak dituduh melakukan sebarang salah laku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam draf emel dokumen yang diterbitkan pada Jumaat, Epstein mendakwa Gates terlibat dalam hubungan luar nikah.

Menerusi emel itu, Epstein menulis bahawa hubungannya dengan Gates merangkumi membantu beiau mendapatkan dadah bagi menghadapi akibat hubungan seks dengan gadis Russia, serta memudahkan pertemuan terlarangnya dengan wanita yang sudah berkahwin.

Fail berkenaan turut menunjukkan hubungan mesra antara Epstein dan Branson.

“Sungguh seronok bertemu awak semalam. Rakan-rakan di Watersports tak henti bercakap mengenainya! Bila-bila masa awak berada di kawasan ini, saya ingin berjumpa asalkan awak membawa kawan-kawan awak!” tulis Bransn dalam emel kepada Epstein pada 11 September 2013.

Selain itu, fail tersebut juga mengandungi pelbagai pertukaran emel antara Epstein dan usahawan jutawan, Elon Musk.

Pada November 2012, Epstein menghantar emel kepada Musk bertanya berapa ramai akan ikut helikopter ke pulau.

“Mungkin cuma Talulah dan saya. Hari malam apa mana yang paling meriah di pulau awak?” balas Musk.

Bekas putera Britain, Andrew Mountbatten-Windsor yang terpalit kontroversi dalam kes ini dilaporkan menjemput Epstein melawat Buckingham Palace pada September 2010 ketika ahli kewangan itu membuat lawatan ke London.

Pertukaran emel menunjukkan Epstein menghubungi Andrew untuk bertanya Waktu mereka boleh bertemu secara peribadi.

“Kita boleh makan malam di Buckingham Palace dengan banyak privasi,” tulis Andrew

Terdapat juga emel menunjukkan Epstein dan Lutnick, di mana ahli perniagaan yang kini Setiausaha Perdagangan Trump itu merancang untuk makan tengah hari pada Disember 2012 di pulau Caribbean milik Epstein.

Beberapa emel lain menunjukkan Epstein memperkenalkan penerbit filem Forrest Gump dan Risky Business, Steve Tisch, 76, serta pemilik bersama pasukan bola sepak New York Giants kepada beberapa wanita.

Dalam satu pertukaran dengan Tisch, Epstein menggambarkan seorang wanita warga Russia yang jarang berkata benar, tetapi dianggap menyeronokkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×