Ajaran sesat Ahmadi Religion dikesan cuba dihidupkan semula

Ajaran sesat Ahmadi Religion dikesan cuba dihidupkan semula

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan terdapat aktiviti penyebaran ajaran Ahmadi Religion yang cuba dihidupkan semula di daerah ini setelah difatwakan sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya mengesan poster berkenaan aktiviti kumpulan ajaran sesat tersebut dipromosikan di Muar, baru-baru ini.

Katanya, pihak penguat kuasa JAINJ telah mengambil tindakan drastik termasuk menurunkan bahan-bahan promosi yang dikenal pasti melibatkan ajaran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ajaran Ahmadi Religion telah difatwakan sebagai sesat dan penyebaran fahaman tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi di negeri Johor.

“JAINJ sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap sebarang aktiviti, penerbitan atau bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran sesat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Fared berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan memastikan ajaran yang bercanggah tidak disebarkan kepada masyarakat dalam usaha memelihara kesucian akidah umat Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini