Tindakan Senegal boikot final AFCON makan diri

Tindakan Senegal boikot final AFCON makan diri

Pape Thiaw
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG:  Jurulatih Senegal, Pape Thiaw digantung daripada lima perlawanan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) susulan perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang penuh kekecohan menentang Maghribi baru-baru ini.

Kenyataan CAF menyebut bahawa Thiaw bersalah atas ‘berkelakuan tidak beretika’ dan ‘mencemarkan nama baik permainan’ semasa perlawanan penentuan di Rabat, 8 Januari lalu yang dimenangi Senegal selepas masa tambahan.

Penyerang Senegal, Iliman Ndiaye dan Ismaila Sarr yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris digantung dua perlawanan kerana berkelakuan tidak beretika terhadap pengadil.

Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) pula didenda keseluruhan RM2.4 juta atas pelbagai kesalahan yang berlaku semasa perlawanan akhir tersebut.

Antara kesalahan itu termasuk kelakuan tidak beretika pemain dan kakitangan teknikal mereka yang melanggar prinsip permainan adil, kesetiaan dan integriti dalam kod disiplin CAF.

Bagi ‘kelakuan tidak beretika’, penyerang Maghribi, Ismael Saibari, dikenakan penggantungan tiga perlawanan dan denda RM339,000 manakala kapten dan pemain pertahanan, Achraf Hakimi digantung dua perlawanan.

Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi (FRMF) pula didenda RM786,000 kerana ‘kelakuan tidak wajar budak-budak pengutip bola di stadium.

Denda tambahan RM339,000 dikenakan atas ‘kelakuan tidak sewajarnya’ pemain dan kakitangan teknikal yang menceroboh kawasan semakan VAR dan menghalang tugas pengadil dari Congo.

Terdapat juga denda RM58,000 selepas penyokong Maghribi menggunakan pancaran laser untuk mengganggu pemain Senegal, menjadikan jumlah keseluruhan denda RM1.2 juta.

Perlawanan akhir AFCON itu menyaksikan beberapa detik dramatik bermula lewat masa sebenar apabila jaringan Sarr dibatalkan kerana kekasaran terhadap Hakimi, Pemain Terbaik Afrika 2025. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×