Kerajaan perlu wujudkan dasar baharu ekonomi Bumiputera - Muhyiddin

Kerajaan perlu wujudkan dasar baharu ekonomi Bumiputera – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan dasar ekonomi Bumiputera yang baharu bagi memastikan agenda sosio-ekonomi kumpulan itu tidak terpinggir, sebaliknya kehadapan dan mampu bersaing.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, dasar ekonomi Bumiputera yang baharu akan menjadi dasar induk untuk memayungi dan memandu semua dasar sedia kerajaan

Beliau berkata, keadaan sekarang menunjukkan kumpulan Pribumi di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan berbanding kaum lain walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mengangkat kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera suatu ketika dahulu.

“Justeru sudah tiba masa kerajaan menstruktur semula pendekatan pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Dasar baharu ini perlu menetapkan setiap dasar kerajaan, sama ada dalam sektor perindustrian, pelaburan, pembangunan usahawan, perumahan, pendidikan, latihan atau ekonomi digital, mesti membabitkan komponen agenda Bumiputera dengan sasaran yang jelas dan boleh dicapai,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhyiddin berkata, dasar induk itu juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal rancak tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain.

Katanya, agenda kesejahteraan rakyat mestilah diterjemahkan secara jelas dalam usaha untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi Bumiputera dalam memacu Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Statistik menunjukkan penyertaan Bumiputera dalam sektor berkemahiran tinggi dan juga profesional masih rendah. Tanpa akses pendidikan berkualiti dan juga latihan strategik, golongan Bumiputera berisiko sekadar menjadi pekerja sokongan sahaja dalam sektor high-growth high-value yang menjadi teras dalam RMK13.

“Selain itu, kadar pengangguran siswazah Bumiputera juga masih membimbangkan, manakala pemilikan rumah dalam kalangan belia Bumiputera masih kekal rendah.

“Data rasmi menunjukkan pemilikan ekuiti dan pendapatan isi rumah Bumiputera ketinggalan dengan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding kaum-kaum yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN