Liek Hou fokus kejohanan dunia

Liek Hou fokus kejohanan dunia

Cheah Liek Hou
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou mengelak meratapi kekecewaan gagal membawa pulang pingat emas di Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 yang melabuhkan tirainya semalam.

Ini kerana juara Paralimpik dua kali itu dijadual beraksi di Kejohanan Dunia Para Badminton yang akan berlangsung di Manama, Bahrain pada 8 hingga 14 Februari ini.

Liek Hou meraih dua perak masing-masing dalam acara perseorangan dan beregu lelaki SU5 (kecacatan bahagian atas badan) kelmarin berkata, dia tidak mempunyai masa yang lama untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan tersebut.

“Saya ada lebih kurang 10 hari lagi akan bertolak ke Kejohanan Dunia Para Badminton di Bahrain. Saya berharap dapat bangkit semula dengan lebih kuat,” katanya.

Mengulas lanjut, Liek Hou mengakui dia terpaksa berpuas hati dengan dua perak dan menganggap tempoh pemulihan yang perlahan disebabkan faktor usia menjadi punca dirinya gagal meraih pingat emas.

“Bukan pencapaian yang saya mahukan. Tetapi tetap bersyukur dengan pingat perak dan tiada kecederaan semasa bertanding di APG.

“Keadaan saya di sini memang sangat teruk. Mungkin saya sudah tua, lambat pulih,” katanya.

Sebagai rekod, sepanjang penglibatan Liek Hou di temasya tersebut, atlet berusia 38 tahun itu telah membawa pulang 13 pingat emas menerusi acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×