Dua maut kapal Singapura terbalik di Scarborough

Dua maut kapal bawa bendera Singapura terbalik di Scarborough

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dua individu maut selepas kapal kargo membawa bendera Singapura dilaporkan terbalik di Laut China Selatan.

China dan Filipina memaklumkan operasi menyelamat dilancarkan selepas menerima laporan mengenai sebuah kapal kargo yang mengalami kecemasan berhampiran Terumbu Scarborough kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. 

Tentera China berkata, pihaknya menerima laporan seramai 17 kru berjaya diselamatkan, namun dua daripada mereka kemudiannya meninggal dunia.

Tentera China menghantar pesawat bagi menjalankan operasi pencarian, manakala Pengawal Pantai China mengerahkan dua kapal untuk usaha menyelamat. 

Seorang mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan perubatan kecemasan dan pihak berkuasa maritim China turut mengatur penghantaran pasukan penyelamat tambahan ke kawasan tersebut.

Pengawal Pantai Filipina pula mengumumkan mengerahkan dua kapal dan dua pesawat bagi menyelamatkan kru warga negara itu dari kapal berkenaan yang membawa muatan bijih besi dan sedang dalam perjalanan ke bandar Yangjiang di selatan China.

“Pusat Arahan Pengawal Pantai Filipina menerima maklumat daripada Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Hong Kong 10 daripada 21 kru warga Filipina diselamatkan oleh sebuah kapal Pengawal Pantai China yang melalui kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terumbu Scarborough merupakan antara ciri maritim paling dipertikaikan di Asia dan sering menjadi titik panas dalam pertikaian kedaulatan serta hak perikanan.

Pada Selasa, tentera China berkata, pihaknya menggerakkan unit tentera laut dan udara untuk menghalau sebuah pesawat kerajaan Filipina yang didakwa menceroboh secara haram ruang udara di terumbu berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×