JAKARTA: Pesawat ATR 42-500 milik milik Indonesia Air Transport (IAT) yang sebelum ini dilaporkan terputus hubungan ditemui di Puncak Gunung Bulusaraung di wilayah Pangkep, Sulawesi Selatan, dalam operasi pencarian yang dijalankan oleh Basarnas pada pagi Ahad.
Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Basarnas, Edy Prakoso berkata, badan pesawat ditemui oleh pasukan SAR darat setelah menerima laporan penemuan serpihan daripada pasukan yang melakukan pencarian menggunakan pesawat.
Menurut Edy, Pejabat SAR Makassar melaporkan indikasi awal keberadaan pesawat sekitar pukul 7.17 pagi apabila pesawat pengesan udara menemui serpihan berwarna putih di kawasan Bukit Bulusaraung.
Penemuan ini kemudian disahkan semula oleh helikopter SAR.
“Pada pukul 8.02 pagi, pasukan darat menemui serpihan besar pesawat di sisi utara puncak bukit dan beberapa minit kemudian badan pesawat berjaya ditemui untuk tindakan identifikasi lanjut,” katanya.
Edy menjelaskan proses evakuasi masih dipertimbangkan mengikut faktor cuaca, terutamanya kelajuan angin yang tinggi dan kabus, sementara helikopter berusaha mencari titik selamat untuk menurunkan pasukan SAR berhampiran lokasi pesawat.-AGENSI










