AS rampas kapal tangki minyak keenam dikaitkan dengan Venezuela di Laut Caribbean

AS rampas kapal tangki minyak keenam dikaitkan dengan Venezuela di Laut Caribbean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berjaya merampas kapal tangki minyak keenam yang dikaitkan dengan Venezuela di Laut Caribbean sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Washington untuk menguasai eksport minyak negara itu, menurut pegawai AS.

Kapal tangki dinamakan Veronica telah dinaiki oleh pasukan AS dalam operasi menjelang subuh dan dirampas tanpa sebarang insiden, menurut US Southern Command.

Sejak serangan ketenteraan AS terhadap Venezuela dan rampasan presiden Nicolás Maduro bulan ini, Presiden AS, Donald Trump menyatakan beliau merancang untuk memanfaatkan rizab minyak besar negara itu.

“Veronica adalah kapal tangki terkini yang beroperasi mencabar sekatan kapal yang disenarai hitam Trump di Caribbean,” kata US Southern Command dalam satu pos di media sosial. Ia juga memuat naik video yang menunjukkan anggota marin dan pelaut menaiki kapal tangki tersebut.

Veronica, sebuah kapal tangki minyak mentah yang berlayar di bawah bendera Guyana, berlepas dari perairan Venezuela pada awal Januari, menurut perkhidmatan pemantauan TankerTrackers.com.

Pangkalan data International Maritime Organization menunjukkan kapal tersebut sebelum ini didaftarkan di Russia dengan nama yang berbeza.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, memuat naik di media sosial bahawa rampasan kapal tangki itu pada Khamis dijalankan dengan kerjasama rapat dengan rakan setugas dalam tentera serta jabatan kehakiman dan negeri.

“Pasukan Coast Guard sekali lagi memastikan operasi dijalankan dengan sempurna, selaras dengan undang-undang antarabangsa,” tambah Noem.

Ini menunjukkan tindakan tegas Washington terhadap armada gelap yang terdiri daripada lebih 1,000 kapal mengangkut minyak yang disekat dan akan diteruskan ketika AS bekerjasama dengan kerajaan interim Venezuela untuk mengawal jualan minyak negara itu.

Ia juga berlaku sehari selepas seorang pegawai AS telah menyelesaikan jualan pertama minyak Venezuela, bernilai AS$500 juta (RM2.02 bilion).

Trump minggu lalu menggesa eksekutif minyak di Rumah Putih untuk melabur AS$100 bilion(RM405 juta) dalam infrastruktur tenaga Venezuela kerana perubahan besar diperlukan untuk menjadikan negara itu pelaburan yang menarik. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×