Perdana Menteri Yemen letak jawatan

Zindani dilantik Perdana Menteri baharu Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Majlis Kepimpinan Presiden Yemen yang disokong Arab Saudi menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Salem Breik dan melantik Menteri Luar, Shaya Mohsen Zindani, sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, lapor agensi berita rasmi Saba pada Khamis.

Menurut laporan Saba, Salem secara rasmi mengemukakan surat peletakan jawatannya yang kemudiannya diluluskan oleh majlis tersebut sebelum Zindani dinamakan untuk membentuk Kabinet baharu.

Yemen menjadi punca peningkatan ketegangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah kumpulan pemisah yang disokong UAE, Majlis Peralihan Selatan (STC), berjaya menguasai kawasan di selatan dan timur Yemen pada Disember lalu dan mara sehingga hampir ke sempadan Arab Saudi.

Perkembangan itu dianggap Riyadh sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Bagaimanapun, Reuters melaporkan pejuang yang disokong Arab Saudi sejak itu berjaya merampas semula sebahagian besar kawasan berkenaan.

Perbezaan pendapat yang ketara mengenai pelbagai isu lain, termasuk geopolitik dan pengeluaran minyak, turut menyumbang kepada ketegangan antara dua kuasa Teluk tersebut.

Arab Saudi dan UAE sebelum ini bekerjasama dalam satu pakatan bagi menentang kumpulan Houthi yang disokong Iran dalam perang saudara Yemen, konflik yang mencetuskan salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×