Doktor ditahan kelar isteri, tekup anak sehingga mati

Doktor ditahan kelar isteri, tekup anak sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang doktor berusia ditahan polis kerana dipercayai telah membunuh isteri dan anak lelakinya secara kejam di kediaman keluarga tersebut di Bandar Dato’ Onn, di sini pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, isterinya yang berusia 36 tahun merupakan seorang akauntan ditemukan maut dengan kesan kelar di bahagian leher.

Katanya, kanak-kanak lelaki tersebut berusia empat tahun dan ditemukan maut dalam keadaan wajahnya kebiruan dipercayai akibat ditekup.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dengan mangsa wanita disahkan maut kerana ‘asphyxia related death’ manakala kanak-kanak pula disebabkan ‘smothering’.

“Susulan siasatan dibuat, suami kepada mangsa wanita iaitu seorang doktor berusia 33 tahun telah ditahan pada 3 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, pihaknya turut merampas beberapa peralatan bagi membantu siasatan termasuklah sebilah pisau dan satu bantal beserta sarung.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau, manakala ujian urin dibuat turut mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah.

“Suspek telah direman selama sembilan hari sejak 4 Januari lalu dan bakal didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok mengikut Seksyen 302, Seksyen 201 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×