TUDM ambil tindakan terhadap 20 pegawai terlibat ‘yeye’

TUDM ambil tindakan terhadap 20 pegawai terlibat ‘yeye’

MUHAMAD NORAZLAN ARIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikenakan tindakan selepas didapati terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu budaya ‘yeye’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang terlibat tanpa kompromi.

Beliau menegaskan TUDM memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, arahan dan peraturan ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral ini.

“TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial beberapa gambar dan rakaman video mendakwa berlaku budaya tidak wajar dan perlakuan yang tidak selaras dengan etika perkhidmatan di dalam kem tentera.

Kelmarin media melaporkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan budaya tidak wajar dalam kem tentera yang tular di media sosial.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan, memaklumkan siasatan itu bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Mengulas lanjut, Muhamad Norazlan berkata, budaya tidak sihat seperti kegiatan ‘yeye’ bukan suatu amalan dalam TUDM dan pucuk pimpinan kesal terhadap kejadian yang berlaku.

“Pucuk pimpinan TUDM menzahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan diambil tindakan sewajarnya.

“Kita memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, direktif dan peraturan serta tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×