Venezuela mulakan pembebasan besar-besaran banduan politik

Venezuela mulakan pembebasan besar-besaran banduan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Venezuela mula membebaskan sejumlah besar banduan politik, termasuk beberapa warga asing dalam langkah yang dilihat sebagai konsesi kepada Amerika Syarikat (AS) susulan penyingkiran Presiden, Nicolas Maduro.

Pembebasan itu merupakan yang pertama sejak  Presiden Interim, Delcy Rodriguez, mengambil alih pentadbiran dengan sokongan Presiden AS, Donald Trump yang menyatakan kesediaannya membenarkan Rodriguez mentadbir selagi Washington diberikan akses kepada minyak Venezuela.

Rumah Putih mengaitkan pembebasan banduan tersebut dengan usaha Trump.

“Ini adalah satu contoh bagaimana presiden menggunakan tekanan maksimum untuk melakukan perkara yang betul demi rakyat AS dan Venezuela,” kata Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Anna Kelly, dalam satu kenyataan kepada AFP.

Pengumuman pembebasan itu dibuat oleh abang Delcy Rodriguez, Speaker Parlimen Jorge Rodriguez, tokoh penting dalam gerakan ‘chavismo’ iaitu aliran sosialis anti-AS yang diasaskan oleh bekas presiden, Hugo Chavez.

Beliau berkata, sejumlah besar warga Venezuela dan warga asing dibebaskan serta-merta demi kepentingan kehidupan bersama secara aman.

Namun, beliau tidak memperincikan identiti banduan yang dibebaskan, jumlah mereka atau lokasi penahanan masing-masing.

Kementerian Luar Sepanyol memaklumkan aktivis terkenal Sepanyol-Venezuela, Rocio San Miguel yang dipenjarakan sejak Februari 2024 atas dakwaan merancang pembunuhan terhadap Maduro adalah antara lima warga Sepanyol yang dibebaskan.

Pada Khamis, kawalan keselamatan dipertingkatkan di luar pusat tahanan El Helicoide di Caracas, yang terkenal sebagai lokasi penahanan banduan politik dan tahanan lain oleh perkhidmatan perisikan.

San Miguel sebelum ini ditahan di El Helicoide selepas penangkapannya.

Tokoh pembangkang terkemuka, Alfredo Diaz, yang meninggal dunia dalam tahanan pada Disember lalu, juga pernah ditahan di kemudahan sama.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×