Polis buru suspek utama kes lelaki maut ditikam

Polis buru suspek utama kes lelaki maut ditikam

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes ini memasuki dan meninggalkan kawasan Pangsapuri Damai Ria, Mantin, Seremban sebelum kejadian tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang maut ditikam di Pangsapuri Damai Ria, Mantin di sini 30 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, hasil siasatan mendapati individu terbabit dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kejadian berkenaan berdasarkan maklumat awam dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, maklumat awal diperoleh hasil laporan seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan lelaki berkenaan pernah bertanya mengenai lokasi kediaman mangsa sebelum insiden tersebut berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakaman CCTV turut menunjukkan seorang lelaki memasuki kawasan pangsapuri berkenaan pada tengah malam 28 Disember lalu dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

“Berdasarkan maklumat dan petunjuk yang diperoleh, polis percaya individu ini merupakan suspek utama kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, identiti lelaki terbabit masih belum dikenal pasti sepenuhnya namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Selain itu, hasil siasatan terhadap dua orang suspek yang ditahan juga mendapati unit kediaman berkenaan disewa bagi tujuan aktiviti songsang.

Tambahnya, permohonan lanjutan reman terhadap dua orang suspek yang ditahan akan dimohon esok di Mahkamah Majistret Seremban.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki rakyat tempatan ditemui mati di selepas ditikam sebanyak 12 kali di sebuah pangsapuri.

Johari berkata, dua orang suspek lelaki berusia 30-an yang juga merupakan rakan serumah mangsa ditahan di lokasi kejadian pada hari yang sama dan direman selama tujuh hari bermula 31 Disember lalu bagi membantu siasatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×