Pemuda mengaku guna wang palsu, cuba curi gelang emas

Pemuda mengaku guna wang palsu, cuba curi gelang emas

AHMAD Faisal Mohd. Sharani (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu dan cubaan mencuri seutas gelang tangan emas. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Seorang lelaki mengaku bersalah di dua mahkamah di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan wang palsu dan cubaan mencuri seutas gelang tangan emas, Disember lalu.

Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Faisal Mohd. Sharani, 34,  mengaku bersalah melakukan suatu percubaan menggunakan 359 keping wang palsu bernilai RM50 yang mempunyai nombor siri yang sam di sebuah kedai Emas Lelong Maya, Jalan Hiliran, Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 18 Disember 2025, kira-kira pukul 3.10 petang. 

Bekas jurutera itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin serta menetapkan 19 Januari ini sebagai tarikh sebutan kes dan hukuman.  Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili Najmi Adila Nasir dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). 

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan mencuri seutas gelang tangan bernilai RM29,000. Kesalahan itu dilakukan di sebuah Kedai Emas Hajjah Nik Pa di Paka, Dungun pada 25 Disember 2025, 12.20 tengah hari. 

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca Bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda. 

Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Januari ini sebagai tarikh kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Dungun. 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh diwakili peguam Ummi Sharmimi Harun dari YBGK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×