Kerjasama UMNO, Bersatu menerusi MN boleh berlaku

Kerjasama UMNO, Bersatu menerusi MN boleh berlaku

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa tidak menolak dalam usaha untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) sekali gus bekerjasama semula dengan UMNO.

Ahli Parlimen Indera Mah­kota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sebarang kemungkinan untuk meng­adakan kerjasama politik dengan UMNO adalah terbu­ka malah kerjasama sedemikian juga pernah berlaku.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata, pendekatan terbuka amat penting dalam landskap politik semasa khususnya bagi memastikan kestabilan negara dan kepentingan rakyat terus terpelihara.

“Kita harus terbuka untuk usaha-usaha memperkukuh kerjasama antara semua ele­men yang ingin berbakti kepada pertiwi. Bentuk kerjasama dan namanya boleh dibincangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Pas dilaporkan bersetuju dengan cada­ngan Muafakat Nasional (MN) yang menyaksikan ker­jasama antara UMNO dan parti itu dihidupkan semula.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula MN merupakan kunci kepada kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tiada penolakan mutlak terhadap sebarang bentuk kerjasama, sebalik­nya semua kemungkinan per­lu dinilai secara rasional dan berasaskan keperluan semasa negara.

Katanya, kerjasama politik antara Bersatu menerusi PN dan UMNO pernah terjalin di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebelum ini Bersatu pernah memutuskan untuk menyertai MN tetapi tidak jadi kenyataan. Tetapi kerjasama PN dan UMNO berlaku pada zaman Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

“Kerjasama itu ada pasang surutnya. Tetapi pokoknya ia pernah berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN