Miliki daun ketum, remaja 14 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Miliki daun ketum, remaja 14 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan

SEBAHAGIAN daripada penunggang motosikal yang diperiksa dalam penguatkuasaan Operasi Samseng Jalanan di beberapa lokasi tumpuan di Negeri Sembilan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun antara tiga individu yang ditahan kerana memiliki ketum dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 14 hingga 23 tahun itu ditahan daerah Jempol dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Katanya lagi, secara kseluruhannya seramai lapan lelaki ditahan dalam operasi yang dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan di lima buah daerah dan daripada jumlah itu, lima individu ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 198.

“Ketiga-tiga individu itu ditahan hasil pemeriksaan yang dijalankan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di  sempena sambutan ambang tahun baharu. Lima daripadanya pula ditahan di Nilai dan Port Dickson kerana menunggang secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, turut dijalankan operasi bersepadu ke atas pelbagai kenderaan lain dengan keseluruhan sebanyak 260 saman telah dikeluarkan.

“Sebanyak 560 buah kenderaan dan seramai 567 individu telah diperiksa sepanjang operasi tersebut.

“Antara kesalahan dilakukan, adalah tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mematuhi spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh, tiada mempamerkan lesen memandu serta kegagalan memastikan lampu brek berfungsi,” katanya.

Susulan itu, sebanyak 10 buah kenderaan turut disita yang terdiri daripada sembilan buah motosikal dan sebuah kereta di bawah Seksyen 42 (1) dan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×