Pesara Sweden aktif sambung pengajian di universiti elak kesunyian

Pesara Sweden aktif sambung pengajian di universiti elak kesunyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Warga emas di Sweden semakin aktif menyertai program pembelajaran sepanjang hayat apabila jumlah pesara yang mendaftar dalam kursus universiti khusus untuk golongan itu meningkat ketara.

Institusi dikenali sebagai Senioruniversitet yang dikendalikan oleh pesara untuk pesara, menawarkan pelbagai program termasuk kumpulan pembelajaran, siri kuliah dan kursus universiti dalam bidang bahasa, politik, perubatan serta seni bina.

Cawangan Stockholm yang ditubuhkan pada 1991, muncul sebagai yang terbesar di negara itu apabila sambutan luar biasa memaksa program dijalankan di beberapa lokasi dengan sokongan kira-kira 100 sukarelawan.

Kuliah mingguan yang dianjurkan institusi tersebut menarik kehadiran sekitar 1,000 peserta setiap minggu, membuktikan minat tinggi warga emas terhadap pembelajaran dan interaksi sosial secara bersemuka.

Pengerusi Senioruniversitet Stockholm, Inga Sanner berkata, keahlian nasional kini berada pada tahap tertinggi pernah direkodkan selepas kembali pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Menurut Setiausaha Agung Folkuniversitetet, Gunnar Danielsson, peningkatan itu didorong keinginan warga emas untuk belajar demi kepuasan diri, di samping keperluan mengurangkan rasa kesunyian dalam masyarakat moden.

Sanner berkata, golongan berusia memiliki ‘kehausan luar biasa terhadap pendidikan’ dan semakin peka terhadap isu semasa, selain menyumbang kepada kesejahteraan keluarga serta generasi muda.

Katanya, program pembelajaran itu bukan sahaja merangsang minda dan meningkatkan kualiti hidup, malah membantu warga emas aktif, bermakna dan berperanan dalam masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×