PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dicadang dibubarkan manakala Muafakat Nasional (MN) diwujudkan semula ekoran perkembangan politik di Perlis.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berkata, perkembangan mutakhir di Perlis seolah-olah berlaku dakwaan tikam belakang.
“Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum PRU15 untuk memperkasakan Muafakat Nasional bukan Perikatan Nasional
“Hari ni baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang. Alang-alang bubar sekali lah Perikatan Nasional kita wujudkan semula Muafakat Nasional,” katanya dalam Facebook beliau.
Semalam Pas mengumumkan keberhentian ahli tiga ADUN Perlis berkuat kuasa serta-merta.
Ia susulan tindakan lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) Perlis termasuk lima dari Bersatu yang dikatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.-UTUSAN










