Ukraine hilang bandar timur Siversk

Ukraine hilang bandar timur Siversk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan tentera Ukraine terpaksa berundur dari bandar timur Siversk ketika Russia mengekalkan tekanan dan menggandakan kemajuan di sepanjang barisan hadapan.

Russia mengumumkan penaklukan bandar tersebut di wilayah Donetsk yang bergelut teruk hampir dua minggu lalu, ketika Ketua Staf, Valery Gerasimov melaporkan kejayaan itu kepada Presiden, Vladimir Putin dalam satu pertemuan yang disiarkan secara langsung di televisyen.

“Bagi memelihara nyawa tentera kami serta keupayaan tempur unit-unit kami, para pejuang dan pembela Ukraine terpaksa berundur dari penempatan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Russia dibantu oleh kelebihan besar dari segi bilangan tentera dan peralatan serta keadaan cuaca.

“Tentera Ukraine masih terus bertempur di kawasan sekitar Siversk dan bandar itu kekal berada dalam jarak tembakan pasukan Ukraine,” kata Staf Ketenteraan Kyiv dalam satu kenyataan.

Siversk yang menempatkan kira-kira 11,000 penduduk sebelum perang terletak kira-kira 30 kilometer timur Kramatorsk dan Sloviansk, dua bandar utama terakhir yang masih berada di bawah kawalan Ukraine di Donetsk.

Donetsk merupakan sebuah wilayah industri dan perlombongan yang menjadi sasaran Moscow.

Tentera Russia secara perlahan-lahan tetapi konsisten menembusi timur Ukraine dan menawan kawasan dari pasukan pertahanan Kyiv yang semakin kekurangan bilangan dan persenjataan, dengan beberapa pertempuran paling sengit berlaku di Donetsk.

Wilayah Donetsk merupakan titik utama yang menjadi halangan dalam rundingan penyelesaian yang diketuai Amerika Syarikat (AS), malah Ukraine mendakwa mereka berada di bawah tekanan untuk menyerahkan baki wilayah tersebut kepada Russia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×