LONDON: Satu virus misteri baharu yang didakwa ‘tidak boleh dirawat’ dan lebih kuat daripada Covid-19 merebak di beberapa negara, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan.
Seorang pakar memberi amaran virus tersebut sukar dihapuskan, malah pembasmi kuman biasa dikatakan tidak berkesan.
Virus adenovirus itu menunjukkan gejala menyerupai selesema teruk, termasuk sesak nafas, hidung berair dan sakit tekak, berbeza dengan Covid-19 atau influenza, tiada rawatan khusus tersedia setakat ini.
Menurut laporan Mirror, individu yang dijangkiti mungkin perlu bergantung kepada sistem imun sendiri untuk pulih.
Walaupun kebanyakan kes dilaporkan ringan, pakar memberi amaran jangkitan boleh menjadi lebih serius bagi golongan berisiko tinggi, termasuk mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
Pengarah Perubatan Pencegahan dan Kawalan Jangkitan Jefferson Health, Eric Sachinwalla berkata, terdapat batasan besar dalam rawatan khusus untuk virus berkenaan.
“Ia agak mudah berjangkit kerana ia lebih berbahaya daripada virus lain, sabun dan air atau pembasmi harian, tidak akan mempu membunuhnya, jadi ia cenderung untuk berada dalam persekitaran lebih lama,” katanya.
Selain gejala yang menyerupai selesema teruk, adenovirus juga boleh menyebabkan cirit-birit atau konjunktivitis, namun gejala itu sangat pelbagai memandangkan terdapat lebih 60 strain yang dikenal pasti.
Menurut Sachinwalla, kebanyakan kes jangkitan adenovirus boleh diuruskan dengan rehat mencukupi, namun beliau menasihatkan golongan berisiko seperti warga emas, wanita hamil dan individu mempunyai imun lemah supaya memantau simptom lebih teliti.
Beliau menegaskan, suhu badan merupakan antara petunjuk penting yang perlu diawasi sekiranya mencecah sehingga 40 darjah Celsius, maka ia dianggap serius dan memerlukan perhatian perubatan.
Biasanya, simptom jangkitan dijangka mula bekurangan selepas dua hari, namun jika ia berlarutan melebihi tiga hari, keadaan itu dianggap sebagai tanda amaran.
Pakar perubatan itu turut menjelaskan peningkatan kes selesema di hemisfera selatan pada awal tahun berkemungkinan menyumbang kepada lonjakan kes di hemisfera utara ketika ini.










