Aktivis buat laporan polis ke atas pegawai tentera darat

Aktivis buat laporan polis ke atas pegawai tentera darat

CHEGUBARD tampil membuat laporan polis terhadap pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas dakwaan penggubahan wang haram di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pembela Tanah Air (Peta) membuat laporan polis terhadap seorang pegawai kanan tentera darat berhubung penggubahan wang haram yang didakwa melibatkan urusan perolehan serta transaksi kewangan meragukan. 

Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, laporan itu dibuat susulan pendedahan beberapa dokumen sulit yang diperoleh pihaknya melalui audit forensik yang mendapati kemasukan wang tunai berulang ke dalam akaun pegawai berkenaan serta ahli keluarga terdekat.

“Antara maklumat yang kami dapat adalah dokumen-dokumen bertaraf rahsia berkaitan perolehan, tender dan rundingan dalaman.

“Kebanyakan tender yang diteliti ada milikan terkait dengan pegawai terbabit dan kita telah teruskan siasatan membabitkan harta keluarga dan pegawai lain yang terdekat,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Badrul Hisham berkata, pihaknya juga akan menyerahkan laporan forensik akaun peribadi milik pegawai berkenaan meskipun rekod menyatakan bahawa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai maklumat terbabit.

Beliau sehubungan itu menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera laporan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×