Chegubard bebas tuduhan hasutan cemar nama baik Agong

Chegubard bebas tuduhan hasutan cemar nama baik Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Chegubard dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang didakwa mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Siti Aminah Ghazali selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 48, di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Pada April 2024, Chegubard mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menerbitkan penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras pada pukul 12.15 tengah hari, 6 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md. Nor. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN