Kemboja mesti berundur sebagai bukti keikhlasan – PM Thailand - Utusan Malaysia

Kemboja mesti berundur sebagai bukti keikhlasan – PM Thailand

ANUTIN CHARNVIRAKUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menegaskan Kemboja perlu mengundurkan tentera dan senjata dari kawasan sempadan sebagai bukti keikhlasan untuk menyelesaikan konflik bersenjata antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, langkah itu selaras dengan empat syarat utama yang dipersetujui dalam perjanjian damai yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Menurut beliau, syarat berkenaan merangkumi pengunduran tentera dari kawasan sempadan, kerjasama dalam operasi pembersihan lombong, usaha bersama membanteras pusat penipuan di Kemboja serta pengurusan kawasan pertikaian di Ban Nong Chan dan Ban Nong Ya Kaew.

Anutin berkata, prospek gencatan senjata kini dilihat lebih positif selepas Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Menteri Luar China, Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio.

Katanya, Thailand telah menjelaskan kepada China dan AS bahawa negaranya tidak melanggar atau meninggalkan perjanjian damai, sebaliknya mendakwa Kemboja gagal mematuhi komitmen yang dipersetujui.

Mengulas dakwaan tekanan kuasa besar terhadap Thailand, Anutin menegaskan istilah itu tidak wajar digunakan dan tekanan sepatutnya dikenakan ke atas pihak yang menceroboh serta melanggar perjanjian damai.

Konflik Thailand-Kemboja berpunca daripada pertikaian wilayah melibatkan sempadan era kolonial sepanjang kira-kira 800 kilometer, dengan pertempuran terbaharu bulan ini mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang di Thailand dan 18 di Kemboja, selain memaksa lebih 800,000 penduduk meninggalkan rumah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×