Graduan UPTM raih tiga anugerah sekaligus

Graduan UPTM raih tiga anugerah sekaligus

DAYANA Safiyya Zulhalmi graduan Diploma Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mencatat kejayaan cemerlang apabila dianugerahkan Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pro-Canselor dan Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen UPTM kali ke-3, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KKUALA LUMPUR: Seorang graduan Diploma Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mencatat kejayaan cemerlang apabila dianugerahkan Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pro-Canselor dan Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen UPTM kali ke-3, hari ini.

Penerima anugerah, Dayana Safiyya Zulhalmi, 21, berkata, beliau berasa sangat bersyukur kerana tidak menjangka akan menerima tiga anugerah berprestij dalam satu majlis.

“Alhamdulillah perasaan saya hari ini sangat-sangat bersyukur kerana saya memang tak jangka akan menerima anugerah yang sangat berprestij ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, kejayaan itu adalah hasil sokongan dan bimbingan daripada para pensyarah serta doa dan usaha ibu bapa.

“Mereka bukan sahaja mengajar tetapi mendorong, memberi bimbingan dan juga sentiasa membuka ruang untuk saya mencuba,” katanya.

Dayana berkata, pengalaman mengendalikan program bersama rakan-rakan dalam Diploma Komunikasi Korporat memberi impak positif dalam pembangunan diri dan kemahiran kepimpinan.

“Segala pengalaman yang dikecapi ketika saya mengusahakan program-program tersebut semua itu memberi impak yang sangat positif kepada diri saya dan mendorong saya untuk menjadi siapa yang saya adalah hari ini.

“Cabaran terbesar yang saya hadapi sepanjang pengajian adalah untuk mengekalkan disiplin dan konsistensi sebagai seorang pelajar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dayana turut berkata, beliau bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana atau PhD bergantung kepada rezeki dan pencapaian akademik.

Beliau juga menasihatkan pelajar lain supaya percaya kepada diri sendiri dan menghargai bimbingan pensyarah.

“Percaya kepada diri sendiri dan percaya kepada kemahiran para pensyarah kita kerana UPTM sentiasa komited memberikan kualiti pendidikan yang terbaik untuk para pelajar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×