Britain bangunkan sistem pertahanan udara Super Dome

Britain bangunkan sistem pertahanan udara Super Dome

RICHARD KNIGHTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain membangunkan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu mirip ‘Iron Dome’ bagi melindungi infrastruktur kritikal serta bandar-bandar utama negara itu daripada ancaman peluru berpandu dan dron Russia.

Ketua Turus Pertahanan, Marshal Udara Ketua Richard Knighton berkata, keperluan terhadap sistem berkenaan semakin mendesak susulan peningkatan keupayaan dan kesediaan Moscow menggunakan peluru berpandu balistik serta peluru berpandu kruis.

“Kami menyebutnya pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu. Selama lebih 30 tahun, Britain tidak berdepan ancaman dari udara dalam skala seperti ini, namun landskap keselamatan kini sudah berubah,” katanya dalam temu bual bersama radio LBC.

Katanya, Britain perlu meningkatkan pelaburan dalam keupayaan radar, pertahanan udara berasaskan pesawat serta sistem untuk menembak jatuh dron dan peluru berpandu kruis.

Richard yang baru dilantik sebagai Ketua Turus Pertahanan mengakui Britain ketinggalan berbanding Israel dan Amerika Syarikat (AS) dalam pembangunan sistem pertahanan seumpama itu.

Katanya, di peringkat NATO, jurang keupayaan terbesar yang dikenal pasti ialah kekurangan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu.

Versi Britain yang digelar ‘Super Dome’ dijangka merangkumi penggunaan pesawat tempur, anggota tentera darat dengan pelancar roket mudah alih, serta penggunaan kawanan dron bagi mempertahankan ruang udara negara.

Pakar keselamatan turut memberi amaran dron Russia boleh menjadi ancaman sukar ditangani, khususnya jika dilancarkan dari dalam ruang udara Britain oleh pasukan khas musuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×