Serangan phishing makin agresif sasar pengguna, organisasi

Serangan phishing makin agresif sasar pengguna, organisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serangan pan­cingan data (phishing) merupajkan serangan paling dominan di Malaysia merangkumi 37 peratus daripada keseluruhan ancaman yang dikesan dalam tempoh enam bulan sehingga Mei lalu.

Penyelidik Kanan Firma Digi­tal ESET, Righard Zwienenberg berkata, serangan pancingan da­ta yang semakin agresif dan ke­rap menyasarkan pengguna serta organisasi tempatan.

Katanya, ancaman infostea­ler­ iaitu perisian yang mencuri maklumat sensitif pengguna turut menunjukkan peningkatan dan dikenal pasti sebagai pemacu utama kepada aktiviti pancingan data serta kecurian identiti.

“Antara infostealer paling ketara ialah Formbook, yang direka khusus untuk mencuri data seperti kata laluan, maklumat log masuk dan rekod sensitif lain. Ancaman ini dikesan meluas di negara ini dan me­rangkumi sekitar 26 peratus daripada keseluruhan infostealer yang direkodkan.

“Peningkatan tersebut me­­ngu­kuhkan kedudukan Formbook sebagai ancaman utama dalam usaha penjenayah siber mencuri data pengguna secara be­sar-besaran di Malaysia,” ka­ta­­nya dalam kenyataan, semalam.

ESET kini mengesan lebih 500,000 sampel perisian unik baharu dan akan ini dijangka terus meningkat.

Dengan 99.5 peratus isi rumah memiliki telefon bimbit dan 96.8 peratus mempunyai akses Internet 1, Malaysia menjadi ruang digital yang terbuka luas untuk dieksploitasi.

Dalam pada itu, Righard berkata, ancaman siber berasaskan kecerdasan buatan (AI) juga semakin membimbangkan apabila penjenayah kini menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan taktik serangan yang lebih licik dan sukar dikesan.

Katanya, lima kaedah utama penipuan berasaskan AI dikesan termasuk pengklonan suara; penghasilan mesej direka AI yang meniru gaya penulisan organisasi dan gangguan chatbot melalui ‘prompt beracun’.

Manipulasi pada peringkat pelayar dikesan turut wujud dalam mempengaruhi tingkah laku pengguna tanpa memerlukan pautan.

“Di Malaysia, pancingan data dan kecurian maklumat masih dominan, tetapi anjakan sebenar ialah evolusi AI yang mempercepat dan mengubah bentuk serangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×