Bom kereta ragut lima nyawa di hadapan balai polis Mexico - Utusan Malaysia

Bom kereta ragut lima nyawa di hadapan balai polis Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MORELIA: Sekurang-kurangnya lima maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta meletup berhampiran sebuah balai polis di negeri Michoacan, Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Letupan berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan pada Sabtu di hadapan ibu pejabat polis di bandar pesisir Coahuayana, menurut Pejabat Peguam Negara Mexico yang kini mengambil alih siasatan kes itu.

Jumlah kematian awal dilaporkan tiga, namun pejabat pendakwa negeri menaikkan angka itu kepada lima, termasuk tiga anggota polis tempatan, kata kenyataan rasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa kumpulan pengedaran dadah beroperasi di Michoacan, termasuk Keluarga Baru Michoacan dan Kartel Generasi Baru Jalisco (CJNG), yang kedua-duanya telah disenaraikan oleh kerajaan AS sebagai “organisasi pengganas asing.”

Pembunuhan Datuk Bandar Uruapan, Carlos Manzo, di Michoacan sebelum ini mencetuskan demonstrasi selama dua hari yang diketuai belia pada November lalu, dengan penunjuk perasaan membakar bangunan awam dan bertembung dengan polis, mengakibatkan lebih 100 cedera.

Manzo, 40, terkenal sebagai pejuang anti-kartel dadah dan berkampung untuk membanteras kegiatan jenayah terancang di Mexico, terutama kartel dadah yang terkenal.

Walaupun serangan bom kereta jarang berlaku di Mexico, satu serangan seumpama itu pada Oktober lepas di negeri bersebelahan, Guanajuato, turut mengakibatkan tiga orang cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini