Boboy, anak lembu istimewa yang manja

Boboy, anak lembu istimewa yang manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELIHAT Boboy diabaikan ibunya sejak lahir gara-gara kecacatan dialami membuatkan hati wanita ini remuk.

Situasi itu lantas mendorong Norliana Mohd. Dan menjadikan Boboy sebagai ‘anak angkatnya’.

Boboy sebenarnya bukanlah bayi lelaki, sebaliknya merupakan seekor lembu yang kini berusia enam tahun.

Mamalia itu mengalami kecacatan pada bahagian kemaluannya.

“Disebabkan keadaan itu, Boboy memerlukan penjagaan rapi dan lebih selesa bergantung pada saya yang dianggap sebagai ‘ibu kandungnya’,” katanya.

Disebabkan kekurangan fizikal itu, Boboy tidak sesuai untuk dijadikan haiwan korban dan tidak boleh mengawan seperti lembu normal.

Gemarkan perhatian

Sifat manja lembu ini sama seperti kucing.

Bila lapar, Boboy muncul di depan rumahnya untuk meminta susu.

“Jika tidak dilayan, Boboy berpura-pura merajuk untuk mendapat perhatian. Adakalanya, ia mahu ditemani hingga tiba ke kandangnya semula.

“Selepas itu, saya akan menggosok kepalanya sebagai tanda kasih sayang,” katanya.

Selain manja, haiwan itu juga tertib dan mendengar kata.

Setiap kali selesai minum susu, ia terus pulang ke kandang tanpa mahu bermain-main.

“Gelagatnya yang pandai buat hal sendiri membuatkan saya semakin sayang padanya.

“Selain susu, saya juga memberinya snek kegemarannya iaitu roti berperisa coklat,” katanya.

Katanya, ketika kecil, Boboy pernah mengalami cirit-birit berpanjangan ekoran susu yang tidak sesuai.

Keadaan tersebut turut membuatkan bulunya gugur dan kulit mudah luka.

Namun, selepas menggunakan susu sesuai, keadaannya kembali pulih seperti biasa.

Norliana bersyukur, si manjanya ini jarang sakit di sebalik fizikalnya yang tidak sempurna.

Takut air
Menurutnya, Boboy sangat takutkan air.

Ia akan segera melompat jika disimbah dengan air.

“Kalau badannya kotor, saya cuma lap dengan tuala basah sahaja.

“Di kandang pula, lembu-lembu lain sering membantu membersihkan bulunya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×