RSF bunuh penduduk Sudan gagal bayar wang tebusan

RSF bunuh penduduk Sudan gagal bayar wang tebusan

KANAK-kanak berkumpul di sebuah bilik darjah yang dikendalikan War Child Holland di Pusat Transit Renk, di Sudan Selatan, pada 17 November lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARFUR: Pasukan separa tentera Sudan, Rapid Support Forces (RSF) yang mengepung dan menguasai bandar di Darfur pada akhir Oktober, didakwa menahan penduduk yang terperangkap untuk mendapatkan wang tebusan.

RSF juga dikatakan membunuh atau memukul mangsa jika keluarga mereka tidak mampu membayar sejumlah besar wang yang diminta, menurut saksi, pekerja bantuan dan penyelidik.

Laporan menunjukkan kumpulan besar penduduk ditahan di beberapa perkampungan dalam radius 80 kilometer (km) dari al-Fashir, manakala yang lain dibawa kembali ke bandar selepas RSF menuntut bayaran ribuan dolar daripada keluarga mereka.

Penahanan mereka menunjukkan risiko dihadapi penduduk yang tidak sempat menyelamatkan diri dari al-Fashir, yang sebelum ini merupakan kubu terakhir menetang RSF di wilayah Darfur sebelum ia jatuh ke tangan pasukan itu.

Saksi melaporkan, tindakan balas besar-besaran, termasuk hukuman mati secara tiba-tiba dan keganasan seksual sejak pengambilalihan RSF.

Kejadian itu juga meningkatkan kebimbangan tentang nasib puluhan ribu orang yang masih hilang, ketika agensi bantuan berusaha mendapatkan akses ke al-Fashir dan kawasan sekitar yang dilanda kebuluran.

Reuters menemu bual 33 bekas tahanan dan 10 pekerja bantuan serta penyelidik yang mendedahkan kekerasan dialami tahanan, lokasi penahanan dan skala tangkapan tersebut.

Mangsa mendedahkan mereka terpaksa membayar tebusan antara lima juta hingga 60 juta pound Sudan (RM5,769 hingga RM70,000), satu jumlah yang besar di kawasan miskin.

Ramai yang tidak mampu membayar ditembak dari jarak dekat atau dibunuh secara berkumpulan, menurut 11 orang mangsa, manakala tahanan lain dipukul dengan teruk.

“Mereka memberi masa tiga atau empat hari, dan jika duit tidak dipindahkan, mereka akan bunuh,” kata seorang penduduk, Mohamed Ismail kepada Reuters melalui telefon di Tawila, bandar berhampiran al-Fashir yang kini di bawah kawalan pasukan neutral.

Mohamed berkata, dia meninggalkan al-Fashir ketika RSF mengambil alih bandar itu pada 26 Oktober, tetapi ditangkap di kampung Um Jalbakh bersama 24 yang lain.

Dia dan anak saudaranya masing-masing dipaksa mengumpul jutaan pound Sudan daripada keluarga sebelum dibebaskan, malah melihat sembilan lelaki dibunuh di hadapan mereka kerana gagal membayar wang tebusan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×