Trend kecantikan kini, pengguna bukan sahaja mencari rawatan yang memanjakan tubuh, tetapi turut memulihkan minda dan sistem dalaman secara menyeluruh.
Rawatan yang menyentuh aspek kesejahteraan fizikal dan emosi kini dilihat sebagai bentuk terapi yang mampu memberi kesan penyembuhan lebih mendalam berbanding urutan konvensional.
Konsep inilah yang dibawa oleh Aluna Signature, yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan terapi tradisi Bali bagi menghasilkan pengalaman rawatan holistik yang unik dan memuaskan.
Pengerusi Aluna Group, Ayu Zaimah Sabtu berkata, kecantikan sebenar tidak hanya bergantung pada penampilan luaran, tetapi merangkumi keseimbangan tubuh, minda dan emosi.
Gabungan AI dan terapi tradisi membolehkan setiap pelanggan menikmati rawatan yang dirangka secara menyeluruh dan lebih peribadi.
“Pendekatan ini bukan sahaja melegakan ketegangan fizikal, tetapi turut menenangkan fikiran dan meningkatkan tenaga dalaman.
“Ia menjadikan setiap sesi rawatan lebih daripada sekadar ritual kecantikan. Ia perjalanan kesejahteraan yang lengkap dan memuaskan,” katanya.
KETEPATAN RAWATAN
Pengalaman pemulihan tubuh dibawa ke tahap baharu dengan kehadiran Emma, mesin AI generasi terkini yang menganalisis ketegangan otot, postur tubuh dan titik tekanan dengan ketepatan tinggi.
Teknologi itu bukan sekadar alat tambahan, tetapi sistem yang menyokong ahli terapi untuk merangka rawatan lebih bersasar dan berkesan.
Pengasas Bersamanya, Zulfirdaus Zulkafli berkata, Emma dibangunkan melalui kolaborasi antara Nanyang Technological University, Singapore General Hospital dan Mayo Clinic di Amerika Syarikat.
Mesin ini menyediakan laporan imbasan yang membantu ahli terapi memahami keperluan tubuh pelanggan sebelum rawatan bermula.
“Ini membolehkan ahli terapi fokus pada punca sebenar ketegangan atau sakit,” katanya.
Selain memberikan ketepatan saintifik, teknologi ini turut menjadikan setiap sesi lebih konsisten, teratur dan berkesan.

SENTUHAN TRADISI ROYAL BALI
Selain teknologi moden, Aluna Signature memperkenalkan rawatan eksklusif yang diinspirasikan daripada ritual penyembuhan istana Bali.
Gabungan teknik urutan tradisional, minyak herba eksklusif dan ramuan purba yang diformulasi semula untuk keperluan masyarakat moden memberi pengalaman menyeluruh kepada tubuh dan jiwa.
Terapi Bali memberi sentuhan emosi dan spiritual, sementara Emma memberikan ketepatan saintifik.
Apabila digabungkan, ia menghasilkan penyembuhan dua dimensi lembut pada emosi dan tepat pada tubuh.
Rawatan ini menekankan keseimbangan tenaga, membantu tubuh melepaskan ketegangan, meningkatkan peredaran darah selain menenangkan minda.
Ia sesuai untuk pelanggan yang mencari pengalaman pemulihan mendalam.
Setiap urutan mampu mengimbangi tenaga dalaman.
RAWATAN AIR GARAM
Pusat kecantikan ini turut menyediakan rawatan kapsul hidroterapi yang mensimulasikan keadaan terapung dalam air garam untuk mengurangkan tekanan graviti, meredakan ketegangan otot serta memberi rasa ringan dan nyaman pada tubuh.
Terapi ini juga dikatakan mampu menenangkan sistem saraf, meningkatkan fokus mental serta membantu tubuh serta minda melepaskan tekanan yang terkumpul akibat gaya hidup moden.
Selain itu, rawatan mandian ais turut disediakan untuk membantu pemulihan otot, merangsang peredaran darah dan meningkatkan kesegaran mental.











