Kai Xing-Aaron juara Kejohanan Syed Modi di India

Kai Xing-Aaron juara Kejohanan Syed Modi di India

Kang Khai Xing-Aaron Tai (kanan) dan Chia Weijie-Lwi Sheng Hao bersama pingat masing-masing pada Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, India, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu muda Malaysia, Kang Kai Xing-Aaron Tai merangkul gelaran sulung Super 300 selepas menumbangkan rakan senegara, Chia Weijie-Lwi Sheng Hao pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, India, hari ini.

Bekas juara remaja dunia itu mengambil masa selama 32 minit untuk menewaskan Weijie-Sheng Hao menerusi kemenangan straight set 21-9, 21-19.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kai Xing-Aaron berjaya mengalahkan beregu profesional negara itu buat kali kedua selepas mereka turut berbuat demikian pada final Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Johor, Oktober lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selaku juara, Kai Xing-Aaron yang menghuni ranking No. 57 dunia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$18,960 (RM78,352) beserta pingat emas.

Weijie-Sheng Hao pula memenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$9,120 (RM37,688) beserta pingat perak selaku naib juara.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Kai Xing-Aaron muncul beregu lelaki keempat Malaysia merangkul gelaran pada Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi.

Sebelum ini, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (2016), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (2022) dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri (2023) pernah dinobatkan sebagai juara pada kejohanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini