Sistem baharu salur bantuan kebajikan JKM bermula 2027

Sistem baharu salur bantuan kebajikan JKM bermula 2027

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membangunkan sistem baharu bagi memperkemas urusan penyaluran bantuan kebajikan, yang dijangka beroperasi pada awal 2027.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy ShukriNancy Shukri berkata sistem sedia ada telah digunakan terlalu lama dan melalui pelbagai penambahbaikan sehingga mencapai tahap maksimum menyebabkan beberapa proses masih mengambil masa.

“Kelewatan kecil masih berlaku kerana sistem yang digunakan kini memerlukan penambahbaikan menyeluruh. Sebab itu JKM sedang membangunkan sistem baharu yang lebih efisien,” katanya.

Beliau menjawab soalan Kee Chin (PH–Rasah) yang meminta penjelasan mengenai langkah-langkah memastikan bantuan seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Elaun Orang Kurang Upaya dan Bantuan Warga Emas disalurkan tepat waktu, serta program khusus untuk membantu ibu tunggal dan keluarga miskin bandar di Parlimen Rasah.

Menurut Nancy, kerajaan menyasarkan pembayaran bantuan bulanan diselesaikan tidak lewat daripada 10 hari bulan setiap bulan.

“Walaupun majoriti pembayaran memenuhi sasaran, beliau mengakui masih terdapat penerima yang menerima bantuan lewat, dan sebab itu penambahbaikan sistem menjadi keutamaan,” katanya.

Menurutnya, pada masa kini, pembayaran ketika ini dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) terus ke akaun bank penerima bagi memastikan akses yang lebih mudah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×