Jumlah mangsa banjir kini cecah 11,000 orang

Jumlah mangsa banjir kini cecah 11,000 orang

SEPASUKAN anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di satu kawasan perumahan berhampiran Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelombang pertama banjir akibat Monsun Timur Laut terus meningkat apabila mencatatkan 11,009 mangsa setakat pukul 7 pagi ini.

Berdasarkan laporan terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak tujuh negeri terjejas akibat banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menurutnya, sebanyak 60 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan membabitkan 14 daerah di negeri-negeri terjejas membabitkan 3,839 keluarga.

Di Kelantan terus mencatatkan pertambahan mangsa dipindahkan dan tertinggi iaitu membabitkan 8,228 mangsa ke 33 PPS.

Empat daerah di negeri tersebut terjejas buat masa ini iaitu Tumpat, Kota Bahru, Bachok dan Pasir Puteh.

Di Perak, terdapat 907 mangsa dipindahkan setakat ini membabitkan 291 keluarga dari daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Di Perlis, secara keseluruhannya terdapat lima PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 694 mangsa.

Di Kedah, daerah Kulim dilaporkan terjejas akibat banjir dengan 404 mangsa dipindahkan di tiga PPS.

Di Pulau Pinang, dua daerah dilaporkan terjejas iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah membabitkan 381 mangsa.

Di Terengganu, seramai 369 mangsa dipindahkan di daerah Besut setakat ini membabitkan dua PPS.

Di Selangor, seramai 26 mangsa dipindahkan ke satu PPS yang dibuka di Sabak Bernam selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×