Sektor EV diperkasa, 1,000 belia jadi perintis

Sektor EV diperkasa, 1,000 belia jadi perintis

MUSTAPHA Sakmud (empat dari kiri) sewaktu majlis penyerahan Memorandum perjanjian antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan SG TVET Group Berhad di Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekosistem industri Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia terus diperkasa menerusi kerjasama awam-swasta antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan SG TVET Group Berhad.

Pertukaran MoA itu berlangsung pada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 dan disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Menurut Ketua Eksekutif SG TVET Group Berhad, Datuk P Sri Ganes berkata, kolaborasi ini bakal melatih 1,000 belia serta tenaga industri untuk memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam teknologi EV.

Beliau berkata, gabungan akses industri dan kapasiti pendidikan politeknik serta kolej komuniti akan mempercepat pembentukan tenaga kerja tempatan yang lebih kompeten dan kompetitif.

“Inisiatif ini turut melibatkan pembangunan penyelidikan bersama serta projek inovasi bagi menyokong peningkatan penggunaan teknologi hijau dalam industri automotif negara.

“Penubuhan Pusat Termaju EV turut dirancang sebagai pusat kecemerlangan latihan yang memacu kepakaran baharu,” ujarnya.

Sri Ganes menjelaskan, pemilihan MoA melalui proses penilaian ketat jawatankuasa induk PFOI menggambarkan kepercayaan terhadap kemampuan TVET negara menerajui transformasi teknologi.

Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia mengukuhkan kedudukan dalam rantaian nilai EV serantau menjelang masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×