PARLIMEN: Disiplin fiskal, pengurusan ekonomi perkukuh nilai RM

PARLIMEN: Disiplin fiskal, pengurusan ekonomi perkukuh nilai RM

WALAUPUN Belanjawan 2027 menunjukkan komitmen fiskal yang kukuh, pengukuhan ringgit mungkin masih dibatasi oleh kekuatan dolar AS atau ketidaktentuan pasaran kewangan global - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong Ringgit Malaysia (RM) merekodkan prestasi terbaik di seluruh Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan RM berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS$) amat menyakinkan dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus sehingga 14 November lalu.

“Kalau daripada segi domestik, tentunya kerana dasar yang dilaksanakan sejak awal termasuk penyasaran subsidi. Sebelum ini, penggunaan dana untuk memberi subsidi tidak memberi faedah langsung kepada rakyat dan perkara itu telah kita hentikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu penyasaran subsidi seperti RON95 memberi kesan yang sangat positif kepada Ringgit,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berhubung punca utama yang mendorong pengukuhan nilai Ringgit.

Anwar berkata, penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pembangunan negara adalah langkah yang tepat dan wajar.

“Korea Selatan dan beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom turut mengambil langkah yang sama. Ini bermakna keputusan kita adalah wajar dan tidak bertentangan walaupun ada beberapa ahli ekonomi kita yang mempertikainya,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini