‘Buktikan kami dibayar bantah projek insinerator’

‘Buktikan kami dibayar bantah projek insinerator’

PENDUDUK membuat bantahan terhadap cadangan pembinaan insinerator WTE Batu Arang di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) yang membantah pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Batu Arang, Rawang menafikan mereka dibayar oleh pihak ter­tentu bagi menggagalkan pembinaan projek tersebut.

Sebaliknya, bantahan tersebut dibuat atas kesedaran terhadap kepentingan lebih satu juta penduduk yang tinggal di kawasan mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 rumah dalam radius lima kilometer dari tapak projek WTE tersebut.

Jurucakapnya, Abdul Hanan Abd. Mukti berkata, lebih 12,000 penduduk yang menyatakan bantahan dengan jelas mengambil inisiatif sendiri tanpa paksaan atau sokongan daripada mana-mana pihak untuk membantah projek itu.

“Siapa yang cakap (dibayar) itu, sila jumpa saya. Tunjukkan bukti yang kami menerima bayaran. Kalaupun kami terima bayaran, siapa yang hendak bayar kami, bayaran daripada siapa?

“Ini semua inisiatif rakyat sendiri. Yang datang ke perhimpunan aman ini pun dengan duit sendiri. Mereka kumpul duit sewa bas dan datang ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya semalam.

Terdahulu, beliau bersama kira-kira 250 penduduk dari 30 kejiranan di Batu Arang dan Bandar Tasik Puteri berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap projek WTE yang dinamakan sebagai Sultan Idris Shah Green Energy Plant (SISGEP).

Jelas Abdul Hanan, bantahan terhadap projek tersebut bermula sejak 2023 apabila penduduk bimbang berlaku pencemaran yang berisiko menjejaskan kehidupan mereka.

“Walaupun sistem yang digunakan dikatakan menggunakan teknologi terkini untuk menapis udara, tetapi toksik tetap akan keluar.

April lalu, Utusan Malaysia melaporkan pembinaan loji insinerator pelupusan sampah WTE yang dicadang untuk dibina di Batu Arang tidak akan mencetuskan kebakaran besar seperti didakwa pihak tertentu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×